terkilan aku dengan kamu
aku rasa ada sesuatu
bukan mahu ambil tahu
cuma mahu tahu rasa kamu
aku cuba pujuk diri
bahawa kamu bahagia kini
kerana kamu sunyi dan sepi
tiada aku untuk di cari
apa cerita kamu
aku rindu
mendengar cerita dan rasa itu
suara penuh syahdu
adakala aku minta pada tuhan
resahkanlah hatimu selalu
dengan itu kamu selalu dekat aku
bunyinya kejam bukan.
tapi tuhan tak makbulkan
kerana kamu tidak lagi toleh ke sini
dan dari situ aku tahu
kamu sudah bertapak di kaki sendiri
dapat sudah bahagia di hati
Wednesday, March 14, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment