Biarkan mreka tutup segala telinga dari mendengar kisah keluh kamu.
Biarkan mereka pejamkan mata dari melihat penderitaan kamu.
mereka tak akan faham. dan tak akan pernah faham.
mereka tidak tahu.
kesal kau. lelah kau. sesal kau.
bukan kerana dia.
tapi kerana dosa semalam.
ye.
dosa kau dengan tuhan.
dalam ingatan lepas kau. bukan dia yang kau mahu ingat.
tetapi dosa yang kau tahu belum tentu terampun.
dosa yang menggunung itu.
kau tak mahu temu dia. bukan kerana gundahnya rasa untuk kembali.
tetapi gundahnya rasa dengan dosa yang terbeban itu.
kerana kau sakit melihat dia seolah tidak terbeban dengan kisah lalu.
mereka tidak faham.
mereka tidak akan pernah faham.
sukarnya engkau bangun sendiri
kuatkan jiwa dan hati untuk terus kembali berdiri
walau dengan tercalit dosa dosa yang masih pekat.
kau sendiri sucikan hati. kuatkan diri.
supaya tidak tumbang tertarik oleh dosa lalu.
bukan senang. bukan senang. kau sendiri.
mereka tak faham.
mereka hanya nampak lemah kau tanpa seorang lelaki.
mereka tak faham.
dan tak akan pernah faham.
lemahnya engkau dengan dosa semalam.
hidup tanpa lelaki. kau dah lali.
mereka yang tak pernah tahu erti.
biarkan mereka dengan spekulasi sendiri.
Tuesday, March 6, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment