Friday, March 30, 2012

lupa

mereka kata
"lupakan saja dia"
"buang semua kenangan lama"
"hilangkan dari ingatan saja"

tapi bila aku tanya
"kau ingat tak kali pertama kau naik basikal?"
"kau ingat tak kali pertama kau dapat hadiah?"
"kau ingat tak setiap sambutan hari jadi kau?"
"kau ingat tak tiap kali kau kena rotan?"
"kau ingat tak tiap kali kau kena marah? kena puji?"

mereka diam...

itu perkara yang sama bukan?

Thursday, March 29, 2012

Budak Kaca Mata

Serius rindu kau.budak kacamata.
Ingat waktu kita balik ipoh sama sama?
Kau pandu.aku di sebelah. Jam 5 pagi kita bertolak. Berhenti sekejap untuk solat subuh.
Kau pandu perlahan.tapi aku rasa laju.
Perjalanan kita cukup 2 jam.tapi kita rasa macm 30minit je.
Kau kata pandu kereta aku best.
Kau kata kau tak penat drive keta aku.
Adakala bila kita berdua,keadaan menjadi indah.semua jadi mudah.dan masa jadi semuanya cepat.
Aku tau kau rindu saat itu.aku juga begitu.
Kau kawan aku. Kau teman aku. Kau adik aku. Kau abang aku. Kau pelindung. Aku rasa selamat dengan kau.
Terima kasih budak kaca mata.

aku pernah kata. jumpa di Ipoh dan di KL lain rasanya bukan?
p/s :: aku sayang kau!

Monday, March 26, 2012

panggilan itu.

senyum.
suara itu masih sama.
nada juga seakan seirama.
cuma cerita sudah berbeza.
dan senyuman itu tak sampai ke telinga.
hambar.

Wednesday, March 21, 2012

pergi

kau pergi lagi
dan aku terus di sini
menanti kau kembali

Tuesday, March 20, 2012

Pengharapan

sungguh hanya tinggal harapan
untuk melihat kau melihat aku
dengan pandangan itu
dengan senyuman itu
dengan sentuhan itu
dengan rasa itu

hampa.

Wednesday, March 14, 2012

kau tahu tak

kau tahu tak, aku bangkit dan tanam azam untuk terus maju hanya dengan kata kata kau di kotak pesanan.

terkilan

terkilan aku dengan kamu
aku rasa ada sesuatu
bukan mahu ambil tahu
cuma mahu tahu rasa kamu

aku cuba pujuk diri
bahawa kamu bahagia kini
kerana kamu sunyi dan sepi
tiada aku untuk di cari

apa cerita kamu
aku rindu
mendengar cerita dan rasa itu
suara penuh syahdu

adakala aku minta pada tuhan
resahkanlah hatimu selalu
dengan itu kamu selalu dekat aku

bunyinya kejam bukan.
tapi tuhan tak makbulkan
kerana kamu tidak lagi toleh ke sini
dan dari situ aku tahu
kamu sudah bertapak di kaki sendiri
dapat sudah bahagia di hati

Wednesday, March 7, 2012

rindu kau

aku rindu kau.
rindu sangat.

sungguh ingin tahu apa kau rasa.

punya yang sama atau sebaliknya.

rindu kau, sungguh!

Tuesday, March 6, 2012

Biarkan. mereka tak faham.

Biarkan mreka tutup segala telinga dari mendengar kisah keluh kamu.
Biarkan mereka pejamkan mata dari melihat penderitaan kamu.
mereka tak akan faham. dan tak akan pernah faham.

mereka tidak tahu.
kesal kau. lelah kau. sesal kau.
bukan kerana dia.
tapi kerana dosa semalam.
ye.
dosa kau dengan tuhan.

dalam ingatan lepas kau. bukan dia yang kau mahu ingat.
tetapi dosa yang kau tahu belum tentu terampun.
dosa yang menggunung itu.

kau tak mahu temu dia. bukan kerana gundahnya rasa untuk kembali.
tetapi gundahnya rasa dengan dosa yang terbeban itu.
kerana kau sakit melihat dia seolah tidak terbeban dengan kisah lalu.

mereka tidak faham.
mereka tidak akan pernah faham.
sukarnya engkau bangun sendiri
kuatkan jiwa dan hati untuk terus kembali berdiri
walau dengan tercalit dosa dosa yang masih pekat.

kau sendiri sucikan hati. kuatkan diri.
supaya tidak tumbang tertarik oleh dosa lalu.

bukan senang. bukan senang. kau sendiri.

mereka tak faham.
mereka hanya nampak lemah kau tanpa seorang lelaki.
mereka tak faham.
dan tak akan pernah faham.
lemahnya engkau dengan dosa semalam.

hidup tanpa lelaki. kau dah lali.
mereka yang tak pernah tahu erti.

biarkan mereka dengan spekulasi sendiri.