hari ini aku masih terasa
hubungan kita tak macam dulu lagi
makin jauh dan semakin jauh
kalau berterusan begini
mungkin dah tak mampu nak di selamatkan lagi
kerana hati aku akan pergi sendiri
secara tak sedar
aku masih pertahankan
aku masih sabarkan
agar ini boleh diselamatkan
tapi sampai bila
andai hanya aku sendiri yang memikirkannya
dan kamu
terusan hidup dalam dunia kamu
ia takkan kemana
tolonglah sayang
hati ku perlu kasih sayangmu
hati ku perlu perhatian kamu
hanya itu yang aku mahukan
andai itu kamu tak mampu
terus terang saja denganku
dan aku akan faham
untuk terus berlalu
tanpa perlu memikirkan lagi tentang kita
Tuesday, December 8, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment