Tuesday, December 8, 2009

aku tak mahu keseorangan lagi

aku rindu pada alunan suara kamu
pada sentuhan kamu
pada pandangan mata kamu

tapi akhir akhir ini
apa yang aku dapat semua kata cacian dan hinaan
seumpama aku tiada hati dan perasaan

kalau insan lain selalu gembira tatkala meletak gangang telefon
tapi aku pasti menangis
menangis kerana kata kata mu
menangis kerana tingkah lakumu
mungkin kah aku terlalu sensitif
atau
sememangnya aku perlu bertindak begitu

sampai bila aku perlu biarkan saja
sampai bila aku perlu ikutkan saja
rentak hidup kamu

bukan aku takut kehilangan mu
cuma kau mahu ada insan disampingku
kerna aku tak mahu keseorangan lagi

No comments:

Post a Comment