Friday, December 25, 2009

cemburu

salahkah aku untuk cemburu
pada kamu
kekasih hati aku?

salahkah aku untuk cemburu
tanda aku tak mahu kehilangan kamu?

kamu benci dan kamu marah
bila aku tunjuk cemburu ku
tapi
kamu lagi menjadi jadi
seolah menguji
bila aku tak ambil peduli

apa kamu mahu aku lakukan
apa kamu mahu aku perlihatkan

kamu selalu buat aku keliru

Thursday, December 24, 2009

aku penat la macam ni

lagi lagi aku yg kene kan
sana sini orang push
aku tension
aku bosan

duk sini aku x bercakap
otak x berkembang
aku lebih kepada sendirian

makin ramai orang cakap itu ini
makin banyak orang tnye itu ini
wt aku runsing

hidup macam nie
aku rase xde makna
mati lagi baik kot

nak menjerit nati kene marah
nak keluar nati kene soal itu ini
nak bercakap tak tau ngan sape

aku penat la macam ni

kau kata rindu

kau kata rindu
tapi ku tak tahu kau tuju pada sapa

kau kata kau rindu
bila ku tanya
kau kata tiada siapa

aku ingin sekali
dengar kau sebut
dianya adalah aku

mungkin kau tunggu aku jatuhkan egok ku
ya ego ku tinggi
bukan ku tak mahu turunkan egoku
cuma aku tak mahu sakit lagi

aku tahu mungkin kamu akan pergi berlalu
tapi tiap kali aku lemah
tiap kali aku jatuh
kamu tak pernah berubah
sakit ku bertambah tambah

kamu nak tahu
aku pelik
aku bimbang
kerna sejak begini
aku lapang
tiada rindu
datang menumpang

Wednesday, December 23, 2009

masih marah?

masih jauh
kenapa?
masih marah ya?
kalau diputar balik cerita...
siapa yang patut marah?
kau atau aku...

kalau tanya pada kamu
pasti kau jawab dirimu yang patut marah
kalau tanya pada diriku
pasti ku jawab aku yang perlu marah

konklusinya
kita dua dua sama marah

mungkin sekarang ni kamu hebat bermesej dengan sidia
mungkin la
itu tanggapan aku
tapi entah la
ingin sekali tahu segala rahsia kamu
baru tenang jiwa aku

dan aku galak bercerita dengan teman teman
tapi bukan perihal kita
perihal kami dan dunia

oh dalam msg sudah tidak ada nama panggilan
dan hari ini sudah tidak dengar suara kamu
pergi sana sini pun tak di beritahu
apa makna itu?

aku benci kamu
tapi aku rindu
aku marah
tapi aku sayang
aku mahu kamu pergi
tapi aku xmahu kehilangan kamu

rasa ini selalu mengganggu
bila marah bila benci

tapi yang pasti
syg itu tetap ada
dan tak pernah hilang

harapan

bila hati mau berbunga kembali
macam dulu dulu
gelak ketawa
lantas terdiam tersipu malu
bila mata bertentang mata

aku tak mahu reka cerita di alam fantasi
kerana kita dalam realiti
tetapi bolehkan kita cipta dunia sendiri




gado

semalam kita gaduh
macam teruk je kan
tapi memang teruk pun
sampai kamu balik jalan kaki
tapi aku tak tahu
betul atau kamu tipu

semalam kita gaduh lagi
kamu panggil aku b***
sedihnye rase hati ini
tapi xpe kamu selalu begini

ohh baru tergerak nak siapkan kerja kamu
tibe2 kamu wat ayat yang aku benci
jadi aku tiba tiba berhenti
mau teruskan atau ikot kata hati

tak tau bila kita boleh baik
selalu kejap aje
tapi ni x sampai setengah hari lagi
tunggu lagi sampai malam
atau mungkin tak akan baik lagi

Tuesday, December 22, 2009

cerita kamu lagi

kau pergi kat orang lain
aku rase marah sangat sangat
kau kate aky tak perlu risau
sebab hati kau ada ada pada aku sepenuhnya

tapi tingkah kamu seperti mahu orang lain
tingkah kamu seperti mahu sayangi insan lain
dan tingkah kamu buat aku jauh hati

aku mahu menyerang
tapi kamu pasti marah aku
dan kamu pasti
sebelahi dia
hey siapa kekasih kamu ni?

apa tindak aku?
terus diam begini?
atau pergi berlalu
tanpa perlu memikirkan kamu

ye aku mahu pergi
pergi dari kamu
bolehkan
tapi
pasti kamu akan salahkan aku
bila kamu gagal untuk berdiri sendiri
bila kamu keciwa untuk letakkan hala tuju sendiri

kamu
kesian aku
terlalu kesian aku dan diriku
seolah seperti boneka yg kau pasang baterinya
dan remote control itu kamu pegang erat erat
walaupun aku penat
aku turut saja
walau aku xmampu
aku ikut saja

kamu
kenapa kita di pertemukan
aku
sudah mahu perpisahan

Monday, December 21, 2009

kisah kamu dan aku

bila kamu berkata kata
aku biarkan saja
walaupun aku tahu
semua tipu berlaka

bila kamu menyanyi
aku ikutkan saja
walau sume bicara
tak ikut melodi dan rentaknya

bila kamu diam
aku mula berbisik
hey..nak dengar stori tak?

kamu pandang aku
aku senyum & buka cerita
belum habis ayat pertama
kamu lantas menjerit
hey..cerite itu x bes

hmmmmm
aku diam
pndang kamu makin diam
kamu senyum dan tarik aku
kamu buka cerita baru
kisah kamu dalam dunia kamu

aku paham
aku hanya beri bahu dan telinga untuk kamu
mulut aku untuk senyum pada kamu
mata aku hanya boleh pandang kamu

aku paham
esok masih kisah kamu

cerita aku
kita buat pekasam
makin diperam makin sedap

dunia kamu
beri peluang buat mereka yang mahu
dunia aku
hanya ada aku dan kamu

Sunday, December 20, 2009

hari ini dan esok

hari ini kita jumpe
mungkin tak macam semalam
kalau esok kita jumpe
mungkin lebih bek atau sebaliknya

kata orang tua tua
jangan jumpe selalu
nanti jemu
kalau jarang jumpe baru rindu

tapi dulu kite jumpe hari hari
mana pergi sama sama
tapi skang dah jauh
rasa lebih indah kalau
tak de masa untuk jumpe

kenape kite jadi asing
dalan dunia yg kite cipta sendiri
alasnye dari hati
tiangnye setia
berbumbungkan percaya
dan
dindingnya janji

tapi dunia kita tak kukuh
mungkin kah ikatannya longgar
atau
angin terlalu kencang bertiup

meniti hari esok
buat aku gelisah
meniti masa depan
wat aku gundah

hari ini kita jumpe
mungkin tak macam semalam
kalau esok kita jumpe
mungkin lebih bek atau sebaliknya

Tuesday, December 15, 2009

aku je ke yg salah

entah kenapa kan
dari dulu hingga kini
salah aku semua orang nampak

kadang2 aku xsedar pun
ape yg aku buat
orang len xsuke
ape yg aku buat
orang len marah2

dulu mase aku kecik
aku xfikir apa2
aku hanya mahu gembira
tapi kenapa umur sekecil itu
aku dpaksa fikir itu & ini
jgn buat itu & ini

bila aku rasa happy mahu tunjukkan aku suka
pasti aku kene marah kerana d kate over
bila aku mahu amek berat
aku juga kena marah
kerna di kate kan bz body

akhirnya aku dbesarkan dgn sikap marah n xpuas hati
aku nk wat itu ini aku serba salah
aku x bebas wat keputusan

kini aku masih kene terus berhati hati
agar x kena marah lagi

Monday, December 14, 2009

perasaan

aku jua ada perasaan
kenapa perlu marah marah
aku cume bertanya
kamu mahu buat aku hilang rasa

atau
kamu juga mahu jadi seperti mereka
hinggakan aku x mampu nak bersuara dan berkata kata

kalau itu yang kamu mahu
tak mengapa
aku boleh jadi seperti dulu
simpan segala rasa dan cerita
dalam dunia aku sendiri
tanpa ada sesiapa yang mengetahui

biar aku dilihat senyum sendiri
biar aku dilihat pentingkan diri
bia kamu dan mereka terus iri hati
kerana aku tahu aku dilahirkan untik bersendiri

jangan tanya kenapa aku begini
kerana aku sememangnya begini
silap aku mahu menjadi orang lain
silap aku mahu seperti orang lain
supaya aku akan dipandang seperti orang lain

aku cuma mahukan perhatian dan kasih sayang
yang seikhlasnya
tanpa memandang luaran ku
pandanglah hatiku
yang sentiasa sunyi dan bersendiri

orang ketiga

orang ketiga itu kamu
ya kamu yang aku maksudkan
datang tiba tiba tanpa ku undang

kamu sebenarnya buatkan aku rasa bahagia
walaupun kita tak akan bersama
tapi perasaan itu tetap ada
kamu dan dia
dan
aku juga dengan dia
di belakang cerita kisah kita tetap ada

terima kaish kamu
kerana sentiasa bersama aku
sabar kamu

aku tak tahu bila akan dengar kamu kata
kamu bosan dengan aku
kamu runsing dengan aku
kamu sudah tak mahu dengar cerita aku

kamu...
betulkah sayang aku?...

Tuesday, December 8, 2009

hati...beritahu aku...

peritkan kebenaran tu
perit sangat2
sampi rase nak terkeluar jantung
kalau boleh nk kuarkan je hati aku nie
aku nk belai n bagi die rehat...
boleh kan?

sedih sangat2
makin hari makin teruk hati aku sakit
mahukan kebenaran
tapi semuanya yang perit n pedih

sayang? terlalu
cinta? ikhlas
tapi balasannya? keciwe, merana, derita
sampai bila?

bila aku persoalkan pda org lain, aku guna simbolik perkara lain,
jawapannya adalah teruskan saja
jagan berhenti o ubah keputusan..
apa maknanya itu?....

hati....
jika mahu berhenti
tolong sampaikan pada ku
kerana aku x sanggup lagi
melihat kau sakit begini

tolonglah sayang

hari ini aku masih terasa
hubungan kita tak macam dulu lagi
makin jauh dan semakin jauh

kalau berterusan begini
mungkin dah tak mampu nak di selamatkan lagi
kerana hati aku akan pergi sendiri
secara tak sedar

aku masih pertahankan
aku masih sabarkan
agar ini boleh diselamatkan

tapi sampai bila
andai hanya aku sendiri yang memikirkannya
dan kamu
terusan hidup dalam dunia kamu
ia takkan kemana

tolonglah sayang
hati ku perlu kasih sayangmu
hati ku perlu perhatian kamu
hanya itu yang aku mahukan

andai itu kamu tak mampu
terus terang saja denganku
dan aku akan faham
untuk terus berlalu
tanpa perlu memikirkan lagi tentang kita

aku tak mahu keseorangan lagi

aku rindu pada alunan suara kamu
pada sentuhan kamu
pada pandangan mata kamu

tapi akhir akhir ini
apa yang aku dapat semua kata cacian dan hinaan
seumpama aku tiada hati dan perasaan

kalau insan lain selalu gembira tatkala meletak gangang telefon
tapi aku pasti menangis
menangis kerana kata kata mu
menangis kerana tingkah lakumu
mungkin kah aku terlalu sensitif
atau
sememangnya aku perlu bertindak begitu

sampai bila aku perlu biarkan saja
sampai bila aku perlu ikutkan saja
rentak hidup kamu

bukan aku takut kehilangan mu
cuma kau mahu ada insan disampingku
kerna aku tak mahu keseorangan lagi

oh hati

aku senyum untuk semua
itu tanda aku bahagia
aku ada sentiasa
itu tanda aku x lupa

susahnya hati mahu di jaga
sana sini hati mintak di pelihara
namun lidah tak pernah bertulang
masih petah berkata kata
tanpa mengira siapa yang terluka siapa yang terasa

oh hati...
kenapa mudah tersentuh
kenapa mudah merasa sakit

marah itu tandanya sayang
benci itu tanda kemaafan

hati...
jangan mudah tersentuh
nanti diri merana sendiri

hati...
jangan mudah terasa
nati diri yang terseksa

ini semua perkara biasa
cuma menyedarkan diri ini yang leka
melempar kata kata tanpa mengira masa
supaya suatu hari nanti
takan ada lagi yang terluka

buat dirimu::
terima kasih kerana selalu memarahi aku
selalu meninggalkan aku sendiri
selalu membiarkan aku dengan diriku
kerna aku tahu
kamu mahu menyedarkan aku
hidup ini bukan selamanya kita berteman
terima kasih kamu

kalau dah tertulis

kalau dah tertulis dia bukan jodoh kita...

dekat macam mana pun mesti x dapat jumpe...

kalau dah tertulis dia bukan jodoh kita...

duduk sebelah pun kita xkan rasa...

kalau dah tertulis dia bukan jodoh kita...

panggil kuat mana pun die xkan dengar...

kalau dah tertulis dia bukan jodoh kita...

sayang macam mana pun dia tetap tak endah...

kamu....
mungkin kita tiada jodoh untuk hari ini
esok2 siapa yang tahu kan

kamu....
kita dah dekat
set je time bile2 boleh jumpe
jalan je selangkah mungkin leh terserempak
tapi tak pernah plak terjadi

kamu...
hanya kamu...
yang aku benarkan memanggil aku
dengan satu nama yg aku xsuka
malah jika kau yang menyebutnya
aku rasa bahagia

kamu...
xpernah kah sekali
kamu singgah di teratak buruk ini?
ingin sekali kamu tahu
tapi aku xmampu buka bicara

kamu...

hadir mu xpernah ku undang
pergi mu x pernah ku halang

terima kasih untuk ketenangan dan kebahagiaan
yang pernah kamu beri
8 tahun dulu

sekeping tulisan sehelai perkataan

kadang kadang ada perkara yang x perlu kita bicarakan
ada kala ianya perlu hanya menjadi simpanan

namun sehingga kurun ke berapa ia perlu menjadi rahsia
dalam hati yang derita

mulut cuba berbicara
tapi lidah kelu bertapa
hati meronta ingin melepaskan
namun fikiran masih melihat keadaan

sampai bila
perlu simpan saja
sampai bila
perlu berahsia

rindu

cepat la masa berlari laju
hati ini ditusuk rindu

10q

it juz a short moment
but thank you for coming
at least i know that there is some one out there care about me

but juz one think
please dun force me to do a think that i dun wanna do

=)

hati sabarlah kamu

semalam hati d guris lagi
perit pedih
luka yg lama masih xmampu ku ubati
kini luka itu kembali dihiris

arghh!!! hati...
sungguh kuat kamu
bertahan hingga kini

hati...
masih mampukah kamu
hadapi keadan lebeh teruk lagi
di masa hadapan

menitis air mata ini
namun d hati tetap merintih
mengalir darah sehingga titisan akhir
masih xmampu hilangkan bisa d hati

hati...
bersabarlah kamu
luka itu pasti sembuh
ubatilah dengan senyuman
jahitilah dengan ketulusan

aku tewas

entah mengapa langkah tiba tiba kelu
entah mengapa kata kata menjadi kaku
aku hampir ilang arah
aku hampir menjadi leka

masa tidak terus berhenti
tetapi aku tetap terus menari mengikut rentak sendiri
arghhh
aku tewas lagi
dalam mengejar erti

first words

salam di tutur bicara d atur
hati berbunga tersemat indah
gerak langkah mula d atur
bagi meniti hari yang indah

ku ukir senyuman paling manis
buat si mentari yg mula menyinar
ku gapai lembut aliran cahaya
bagi menghangatkan tubuh di jiwa
ku usai lembut terus ke mata
agar bisa menangkap kelembutan di hati

aku tahu diriku kerdil
namun ku punya cita yg tinggi
aku tahu diriku kurang
namu ku punya impian yg gilang

di sini menitis satu bicara
antara impian dan cita-cita

salam berkunjung

d new blog have been launch...
it juz to show wat deep inside my heart said
nutin much
only d voice of my heart