Kenangan sepuluh tahun lalu
tidak sekali aku pernah lupa
detik perkenalan
detik menjadi rakan
detik pertemuan
setiap tahun aku tak pernah henti mencari
tidak pernah henti mengingati
tentang diri kita
yang dekat tetapi jauh
kini aku cuba untuk terus menggapai kamu
tidak mahu hilang lagi
kerana aku sudah penat menanti
jika hilang kamu untuk kali kedua
melepaskan kamu untuk kali kedua
aku sudah tidak pasti
apakah aku akan terus menanti
ingin sekali berada dalam dakapan kamu
menjadi milik kamu
memiliki tempat yang teristimewa dalam hati kamu
tetapi apakah kamu
ingin begitu
atau sekadar ingat aku
jikala aku berjaya mencari kamu?
KH....
Sunday, April 24, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment