aku tak minta wang berjuta
aku tak perlu teman setia
aku tak mahu penjaga yang ada
ape kuperlu
hanya restu dan doa
untuk aku jadikan kubu dan benteng
pertahan jiwa
aku mahu kamu semua tahu
apa yang aku mahu
apa impian aku
apa cita-cita aku
kamu tak boleh atur hidup aku
kamu tak boleh bentuk jalan aku
kerana segalanya aku yang lalui
dan aku yang rasa
ini yang aku mahu
cita-cita dari dulu
tapi tiada siapa yang tahu
kerna kamu menganggap aku
serba tidak tahu
kamu juga lupa
aku banyak belajar dari segala kesilapan
dan segala perbuatan
yang pernah kamu buat
takkan aku mahu ulangi
segala kekerasan dan ketelanjuran
yang membawa kepada
ketidakpuasan hati
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment