Tuesday, December 21, 2010

hati berdebar

entah kenapa hati rasa sayu
sunyi sepi sedih
berdebar debar saja

ah tak suka rasa ini
keseorangan sendiri

datanglah padaku
temani aku di sisi
aku perlukan teman
supaya tidak berasa sunyi

kamu datang lah
aku tunggu

Thursday, December 16, 2010

sekali lagi

aku tewas.....

caci maki menjadi tanda cinta.....

hanya kerana orang ketiga.....

selamat tinggal hati yang ceria.....

kini hanya berteman duka.....

Friday, November 26, 2010

Sentap.....

Sedih sangat
aku bilang aku sayang
kau buat tak endah
aku bilang aku rindu
kau buat tak tahu
kenapa?
tak boleh balas sekurang2nya "saya juga"?

bila aku senyap
aku tunggu ucapan itu dari mu
tetapi hampa
tiada langsung bicara manja
kenapa?
tak boleh kata sekurang2nya "nati kita berbual lagi ye"

sunyi sepi kosong suram

Monday, November 22, 2010

Di saat aku mencintaimu




kamu....
aku tuju lagu ini untuk kamu...

kamu...
aku sangat rindu kamu...

saat ini...
rindu akan pelukkan & pujukkan mu...

rindu...
dengan setiap kata2 yang memberi semangat pada hati ku
untuk kembali pulih...

kamu...
andai kamu membaca ini
tolong hubungi aku
aku terlalu rindu kamu

Saturday, November 13, 2010

Rindu

Dalam hati ini rindu itu ada
yang datang entah dari mana
berdebar debar setiap denyutannya

aku sebut namamu
ia bergetar lebih laju
lantas terus ku rasa sayu

kamu
adakah rasa sepertiku?
atau hanya aku yang begitu
memanggil manggil namamu tatkala rindu
dalam hati bertemankan tangis sendu

wahai kamu yang bukan milik aku
masih ingat dengan lirik lagu
kamu beri pada ku

"Ingin aku berpesan, kepadamu kekasih
kiranya engkau resah dan tak lena,
itulah hembusan rinduku"

ayat itu
adakah mendalam maksudmu
kerana aku ingin tahu
resah dan gelisah yang hadir padaku
datangnya dari kamu

jika ianya benar
aku ingin sampaikan pada angin
segala rindu dan cinta ini
supaya kamu di sana
bisa tenang dan bahagia

Sunday, September 19, 2010

apekah kesudahannya?

aku tak tahu
apakah kesudahannya
apakah akan terjadi
akan datang

terasa mahu berhenti
melakonkan watak yang aku pegang kini
tetapi aku masih tidak mampu
mengubah cara ku tanpa ada tongkat di sisi

aku mahu tahu
apakah yang akan terjadi
jika aku berani membuat keputusan sendiri

Wednesday, September 8, 2010

kita tukar tempat mahu?

aku sudah penat berada di tempat ini
tempat yang sama
yang kamu, kamu dan kamu kejarkan
ape yg kamu lihat?
sehingga merasa cemburu dan ingin mengambil tempatku?
bahagia?
aku tak rasa
derita?
itu biasa
ambillah
dan lihat sampai bila kamu mampu bertahan
1 hari? 1 minggu? 1 bulan? 1 tahun?
mungkin 1 jam sudah sakit jiwa
silalah tukar tempat dengan ku
dan kamu rasa sendiri
kemudian beritahu aku
derita atau bahagia yang kamu rasa

sampai bila

aku tak tahu
sampai bila aku mampu kuat
mendengar segala cerita
melihat segala bicara
yang terus terusan
memburukkan aku
memandang negatif pada aku
sampai bila
kamu tidak pernah
mahu melindungi aku
dan menenagkan diri aku
ketika kata kata itu
seakan membunuh aku

aku msih terluka dan akan terus terluka

kata kata kamu
saban hari masih begitu
tidak pernah berubah
ia terus menjadi doa
mungkin
dan aku akan terus pendam rasa
makan hati dan jiwa
sakit
sudah tak tertahan
kamu
kalau sudah tidak mahu
lepaskan saja aku
aku sudah tidak mampu
menanggung kata dan rasa
yang menikam jiwa
dan mampu membunuh rasa
bebaskan diri aku
dan juga kamu
biar kita cipta bahagia
dengan jalan cerita berbeza

Saturday, June 12, 2010

masih tak puas hati?

kenapa dengan mereka
masih mencemburui
masih mahu memiliki
mahu menyaingi

kenapa dengan mereka
masih tak faham
dengan kata susila
dan makna bahasa

susahnya nak beritahu
tunggu sajalah masa kamu
pasti menangis terhinjut bahu

baru kau tahu
apa yg kau buat padaku
aku tunggu saat itu
kerana mahu tersenyum
dan menolong kamu
pada masa sama
ingin kamu ingat kembali
kesan yang kamu tinggalkan
di hati ini

p/s :: Aku masih kenal mereka yang hipokrit *senyum sambil cross finger di belakang*

Rindu

hati ini rindu kamu sayangku
kamu dekat dan dekat denganku
entah kenapa walau sering berjumpa
hati ini masih ada rindu
kamu datanglah padaku
daku ingin berada dalam dakapanmu selalu
rindu pada kamu
bukan buat buat
ia datang ikhlas

-kamu milik aku-

Saturday, April 17, 2010

jiwa ini bergetar

tak tahu kenapa
jiwa ku bergetar
tatkala ini
ku bayangkan dia
ku sebut namanya
tapi bukan dia
entah kenapa
bila fikirkan kamu
jiwa ku bergetar
panggil namamu
ianya semakin laju
mana kamu?
dekatilah daku
ku ingin lepaskan rindu

Tuesday, April 6, 2010

aku hanya perlu diam tanpa suara

aku tak minta wang berjuta
aku tak perlu teman setia
aku tak mahu penjaga yang ada

ape kuperlu
hanya restu dan doa
untuk aku jadikan kubu dan benteng
pertahan jiwa

aku mahu kamu semua tahu
apa yang aku mahu
apa impian aku
apa cita-cita aku

kamu tak boleh atur hidup aku
kamu tak boleh bentuk jalan aku
kerana segalanya aku yang lalui
dan aku yang rasa

ini yang aku mahu
cita-cita dari dulu
tapi tiada siapa yang tahu
kerna kamu menganggap aku
serba tidak tahu

kamu juga lupa
aku banyak belajar dari segala kesilapan
dan segala perbuatan
yang pernah kamu buat
takkan aku mahu ulangi
segala kekerasan dan ketelanjuran
yang membawa kepada
ketidakpuasan hati

Monday, March 1, 2010

mungkin ini pengakhirannya

dalam tempoh perkenalan
ada jatuh bangunnya
tapi aku tak pernah mengalah
tatkala hati ku di robek robek tanpa ehsan

aku lihat kamu dengan penuh pengharapan dan semangat baru
taip kali kau jatuhkan aku
aku bergerak bangun sendiri
kau?
tak pernah toleh walau sekali

sampai bila
kata orang peluang jangan ada limit
nanti kita sendiri perlukan ruang itu

tapi andai kamu tak berubah
adakah ini pengakhirannya

persoalan ini kamu seirng tanyakan padaku
jika sudah tak mahu aku
aku redha
cum akamu jangan menipu

Monday, February 22, 2010

kerana dia

kerana dia
aku kamu lupa

kerana dia
aku kamu abaikan

kerana dia
aku kamu langsung tak pertahankan

cuba beritahu aku
apa kelebihan dia

sebelum dapat semuanya indah belaka
bila sudah d genggaman
cakap apa pun dah tak leh pakai

kamu bangga
kamu punya ramai yang mahu
tapi antara semua
ada yang mampu
lakukan seperti aku

mungkin aku bodoh
jadi hamba
tapi inilah aku yg org len x tahu

bia aku sakit
bia aku seksa
asal kamu yg aku syg bahagia

aku yg mengharap
atau kamu yg tak hargai
aku yg mahu setia
atau kamu yg tak ingin hilang aku

sapa lagi penting dalam hidup kamu
aku atau dia

Sunday, February 21, 2010

masuk dunia kamu

xsalah kot
aku mintak die bace
ape yg aku suka
atlleast die boleh tahu
ape kegemaran aku kan
tapi die xmampu nak lakukan
apa yg die suka
aku cuba dekati
aku selami dunia dia
supaya aku faham kehendak dia
aku berjaya
masuk dunia dia
tapi ia xkan berjaya kan
kalo hanya sebelah pihak yang berusaha
dan satu lagi buat semua ikot suka

haihhhh

aku rasa mau serang dia
seperti tertipu
tapi aku fikir semula
dia pernah beritahu ke tak
atau aku yang lupa
tapi kene tanya
sebab aku tak puas hati
takkan nak men kan lagi perasaan
tak boleh jadi
nak taknak aku kena tanya
tapi kena tunggu waktu sesuai
harap aku tak lupa nak tanya
aku baca banyak kali
memang gaya tulisan dia
sah sah
aku kena tipu
dalam tu dia tulis
mungkin luahan sebenar
entah entah dia memang ada yang lain
dengan aku dah tak ada rasa
ah aku benci kalo jadi macam ni
cukup tak suka
hati aku sakit
hati aku merana
haihhhh aku mengeluh lagi
bila nk habis sume sengketa
dan drama?

Thursday, February 11, 2010

tersenyum lagi

tibe2 kamu tegur
ah terkejut juga
tak pernah begini
oh kamu tanya mana aku pergi
lama x nampak
rupenya kamu rindu
terima kasih
kerana 2hari lepas
aku pun rindu
harap kamu tegur
dan termakbul
senyum aku sepanjang hari

tersenyum

tersenyum aku hari ini
kamu tegur aku
mintak id ym
aku bg tapi aku mula tegur
mungkin kamu malu
oh teringat kisah dulu
kamu panggil aku
teguran yg pertama kali
aku suka
indah aku rasa
kamu ingat lagi
peristiwa itu?

Tuesday, February 9, 2010

Suara Kamu

saje kan tangan aku nie
g dail number kamu
lame jugak tunggu baru kamu jawab
ingat dah x sudi
terkejut dengar suara kamu
ceria sekali
buat aku teringat terus saat dulu
suara yg selalu buat aku gembira
tapi aku keciwa kan kamu
sambil bercakap aku tahan suara
tak mahu kamu dengar aku tersedu
air mata mengalir laju
maafkan aku
kerana terus mengganggu

Wednesday, January 20, 2010

tanda tanya

pertanyaan itu wat aku terdiam
dan jawapan itu wat aku berfikir

masihkah ianya salah aku
yang terpaksa muncul di muka pintu

dan ianya terus menjadi salah aku
tatkala kau hilang kewarasan berfikir

hanya kau yang boleh tunjukkan suara hati
dan aku terus keliru
keliru dan hanya menjawab ianya dalam hati

sekali aku bersuara
kau terus bertindak d luar kawalan

dan segalanya
mempertontonkan
semua bermula dari aku
semua berpunca dari aku

andai ianya salah aku
dan benar kerana aku
kenapa sukar untuk aku berhenti

kisah semalam

kisah semalam
aku masih belum habis
aku rasa ianya semakin teruk
mungkin aku harus diam
itu yg terbaik
diam dan lepaskan semuanya di sini
biarkan hanya aku yang mengerti
aku mahu kamu gembira
tak mahu lihat kamu terseksa
setiap kali kamu kata
kamu runsing kamu marah kamu benci dan kamu resah
dalam hati aku kecut hilang bahasa
kerana aku terpakas menahan telinga
mendengar suara yang menyatakan
semuanya kerana aku
semuanya salah aku

Thursday, January 14, 2010

ajar aku

ajar aku mcam mane nk gembira
sebab aku dah lupa

ajar aku macam mane nk ketawa
sebab aku dah lupa

ajar aku erti bahagia
sebab di hati penuh derita

oh aku juga lupa
bagaimana mahu menangis
kerna air mata sudah tiada

penipu

kdg kdg kene wat x tau
kdg kdg kene menipu
kdg kdg kene jadi batu

simpan aje rase marah
simpan aje rase terkilan
seimpan aje rase benci
simpan aje rase sakit hati

simpan diam diam dalam hati
jangan sampai ada yg tahu
biar di lihat segala yg palsu
asalkan tiada yang tersinggung

bgi dia jaga hatinya yg utama
kedua jg dirinya
ketiga jg segala kejahatannya
yg ke4 hebahkan segala kebaikkanya

ok hati aku? xperlu la ambil tahu
diri aku? maruah ku? kehebatanku?
simpan semua diam diam

ok.pura pura rasa bahagia
pura pura rasa ceria
agar dia terus gembira

Sunday, January 10, 2010

RINDU


aku rindu kamu
yang pernah menemani sunyi ku
menemani malam ku

aku rindu kamu
yang bisa meriuhkan hati ku

ye kamu yang aku rindu
dengar la panggilan suara aku
yang ingin kembali seperti dulu

kamu kenapa berubah
aku masih ingin kamu
terus menjadi teman aku

kamu
aku sungguh rindu
saat ini
untuk bergaduh
untuk mendengar cerita

kamu
ingin sekali keluar b2
kita berbicara
tentang masalah cinta

aku rindu kamu

Thursday, January 7, 2010

aku x rase

kenape yer
aku xrase rindu itu
aku xrase syg itu
aku xrase cinta itu

kenape yer
kini kamu kate rindu sgt aku
kamu keluarkan kate2 indah untuk aku
tapi ianya xsampai ke hati
macam dulu
ye macam dulu

ingat lagi
sewaktu kamu mahu mula mula cuba dekati aku
kamu kata yg indah indah
tapi langsung aku x kesah

adakah
kita akan kembali seperti dulu
tiada apa apa
ohh

aku cuma mahu
rase indah seperti dulu
kamu boleh sabar lagi dengan aku
curilah kembali hati aku
kerna aku tak mahu kehilangan kamu

aku teringat kamu

betul lah kate orang
bila kite ingt seseorang
dia pasti ingt pada kite
sebab tu aku lebih selesa
bila mengingati kamu
aku panggil nama kamu berkali kali
tetapi hanya dalam hati
;)

tibe2 aku dpt panggilan
dr seseorang
tibe2 menyebut nama kamu
aku tersyum
n terlintas dlm hati
owh sesungguhnye kamu tak lupe aku

terima kasih
;)

Tuesday, January 5, 2010

muhhamad harith chan abdullah

mase tgok muvi allayarham yasmin ahmad
hati aku terdetik
n aku selalu berangan
;)

andai terjadi n andai ternyata
mungkin banyak halangan
tapi kata orang xcube x tahu

dulu aku malu
die pun seakan malu
tapi aku tetap tunggu
sampai die sanggup luahkn dulu

mungkin belum sempat die bersuara
ada yang sudah memotong lalu
membuat die dan aku keliru
oh kamu x mengerti die sekadar teman bicara
dan kamu sebenarnya yg aku nanti

dan andai itu terjadi
mungkin kini kamu lah dihati
selamanya smpai mati
muhammad harith chan abdullah
;)

T_T

aku tak tahu
apa akan jadi
pada kita kini

makin hari makin teruk
makin lama makin benci
hilang semua sayang
hilang semua rindu

dan aku tak tahu
hilang sudah hubungan ini
atau masih ada saki baki

aku cuma mahu berehat
dengan semua cerita
yang buat aku penat

cukuplah sayang
buatlah aku gembira
dan ceria
cukuplah untuk sekejap
agar hati aku tahu
bahawa ia mampu tersenyum

dan janji aku
boleh kembali
menggembirakan mu

Monday, January 4, 2010

sakit hati ini

aku penat begini
aku penat sangat sangat
tak pernah kamu mengerti
apa yg ade di hati ini
ape yg aku ingini
dan aku sebolehnya menjaga hati
segala kekasaranku
segala dendam dan curiga
datang dari kamu
yang melukakan hati aku

aku penat
menjaga hati kamu
sedangkan kamu
sedikitpun tak peduli
sakitnya hati ini

bukan yg pertama

memang aku bukan yang pertama
tapi x salahkan kau hargai aku kini
kerna kini aku disisi kamu

memang aku tahu
sukar nk lupa
kerna die yg pertama
tapi kini aku bersama
xsalahkan hanya tumpu pada aku

kata kata kamu
seolah tak mahu aku mengambil tempatnya
kata kata kamu
seolah olah die lebih hebat dari aku

ya
sumber inspirasi kamu kata
dan aku
hanya cetus kontroversi?

kamu
bila sudah tak mahu
pulangkan saja hati aku kembali
tak perlu sakitinya begini

kerna aku tahu hati ku sudah banyak kali
terluka dengan kata kata san perbuatan mu