Sunday, October 14, 2012

jangan berharap.

jangan berharap.
bila berharap akan derita.

jangan berharap.
bila berharap akan kecewa.

jangan berharap.
bila berharap akan sengsara.

tapi,
kalau tak berharap
macam mana aku mahu bahagia?

abaikan

aku masih cuba kuat
mahu abaikan perasaan
supaya mengganggu tidak
kamu yang di sana

sesuatu

buat kamu yang banyak membantu
kini aku punya rasa sesuatu

sungguh aku rindu
seperti hari hari mahu ketemu

maaf
jika tiada rasa dalam diri kamu

jika ini hanya aku
biarlah ianya terus berlalu
seperti angin yang membawa wanginya bau