Monday, February 20, 2012

Natural.

Aku pergi sekejap cuma.
mahu bagi hilang rasa.
biar kembali dengan rasa selesa.

natural.

Jahit

Aku jahit sendiri.
Biar tertutup segala.
Tiada lagi yang terasa.
Atau mula bunyikan suara.
Kata nista dan rasa tak selesa.
Biarkan jahitan terbuka sendiri nanti.
Pasti bila sudah sembuh luka yang tersembunyi.

Wednesday, February 15, 2012

diam diam

hidup adakala bosan.
tarik diri dari alam.
sembunyi kata.
sorok bicara.
itu lebiih enak dalam lena.

kau

aku nampak kau.
kau bahagia.
mungkin bahagia yang tak pernah aku beri.
terkilan aku.

Monday, February 13, 2012

air itu

air itu mengalir lagi malam ini.
tiada punca.
sepi mungkin.
tiada bahasa.
hanya mengalir laju.
berhenti seketika.
air itu
bakal mengalir lagi.

Thursday, February 9, 2012

senang dan tenang

segala kata kata mu buat jiwa aku tenang
segala cerita mu beri aku kekuatan
ada sesuatu yang aku tak tahu

Tuesday, February 7, 2012

biar

tak perlu tanya apa kesudahannya
apa penggantinya
biarkan saja ia datang dan pergi dengan sendiri
kerana segalanya rahsia
yang tak perlu kau tahu
kesinambungannya
biar
biar
biar
ia berlaku dan berlalu

semat diam

Semat dalam bahasa
biar tiada yang mengerti apa yang di sirat oleh riak rupa.
senyuman pada mata
satu gambaran hebat hijab terkunci dalam mangga jiwa.
diam.

hanya kawan

itu rasa dia
tak perlu kau tanya selebihnya
hanya kawan

Thursday, February 2, 2012

bogelkan rasa

lantas bila suara itu kau bogelkan,
bertelanjanglah segala rasa.
lantas hilang kerakusan dalam mencari erti.
puas!