Thursday, January 26, 2012

jadi telinga dan bahu

kamu
pergilah ke tempat yang kamu mahu
aku bisa duduk diam di sini sahaja
memerhati kamu selagi perlu

walau kamu benci pada aku
meluat dengan kisah aku
aku tetap di sini

kerana aku mahu kamu tahu
aku masih sudi jadi telinga dan bahu
untuk kamu

Pesan pada diri

pesan pada diri
jangan bergantung harap pada orang lain dah lepas ni
sebab bila dia pergi
kau yang sakit seorang diri

tahu tak

kau beri kata semangat
supaya aku bangkit dari dunia sendiri
bila aku mula lempar senyum
aku bangun dan berlari
kau hilang dari pandangan
lesap dari diri

kau tahu tak
aku bahagia dengan kata kata kau tu walaupun sesak
kau tahu tak
aku nampak jalan lain dengan kata kata kesat kau tu
kau tahu tak
mata hati aku terbuka dengan kata kata kau tu

tak pe
walaupun kau tak de
aku tetap buktikan yang aku mampu
dan aku sahut cabaran kau tu

satu hari kau pasti kembali
aku percaya
seperti sebelum ini

Hilang lagi

kamu hilang lagi
kamu yang aku taruhkan rasa percaya
kenapa dan menagapa
hanya kamu tahu jawapannya

Sunday, January 22, 2012

kotak hati

Bila suara itu aku lontar,puas.
bila suara itu aku lepas,damai.
kotak hati.

Saturday, January 21, 2012

penat

satu langkah.
susun rapat.
biar bersilang hati yang terikat.
agar lepas rasa likat.
tidak lagi di gagah penat.
sayang.

belit

satu kata.
lontar bisik.
biar belit belit.
asal lepas apa yang tersepit.

Thursday, January 19, 2012

jujur

sungguh aku rindu
rasa itu bila dengan kamu
perit
tatkala kamu jujur
bahawa kamu tidak perlu aku
itu kembalikan rasa itu.

Sunday, January 8, 2012

larut

rasa itu dah semakin larut
makin di biar makin larut
cepat dan laju
tanpa boleh berhenti
sekelip mata sebati

kertas dan pensel

aku ambil sekeping kertas putih
bersaiz a4 berjenama aa

aku ambil sebatang pen hb
bemata tajam berjenama stabilo

aku ukir satu persatu mengikut kata jiwa
gagal
aku mula semula
gagal
aku tak putus asa
gagal

kemudian aku berhenti
kesimpulannya
aku memang tak pandai melukis
diam.

tak faham

kenapa masih rasa bersendiri
walau ramai yang ada di sisi

kenapa masih tak mampu luah bicara
walau ramai yang mahu menjadi pendengar setia

oh! aku tidak mahu bicara soal masalah
tetapi mahu berkongsi cerita biasa
soal dunia soal kerja soal hidup soal apa apa saja
kerana itu biasa buat aku bernafas semula

tak perlu bicara tentang hati
untuk buat hati senyum sendiri

teman bicara

sungguh rasa rindu
dalam dalam
sangat dalam

mahu menjerit
beritahu semua
atau berhenti duduk diam
panggil sesiapa saja

mahu pinjam telinga sebentar
biar aku luah segala
rasa yang terpendam

kerana aku sudah hilang
teman bicara

Saturday, January 7, 2012

Senja

Waktu ini datang lagi
menginjak kan matahari
menghadirkan bulan dinihari

cantik.

tapi pada waktu ini
perlu ingat
dekatnya mati

Api

kalau dengan air akan sejuk jugak

hitam putih

Bila putih itu indah
dan bila hitam itu kelam
ramai yang tak akan percaya
bila hitam menjadi pilihan

biar kelam dan gelita
asal itu mampu mengajar
menjadi putih yang indah dan bersih di akhirnya

kadang kadang

kadang kadang perlu senyap aja
bila bersuara pasti ada yang tak kena

mula pertikaikan
mula buat rasa diri tak patut berbicara

kadang kadang perlu tunjuk senyum
bila hati macam nak menangis meraung jiwa
kena alih bicara bila mula mahu mengadu sengsara

sebab takkan ada yang faham
takkan ada yang mahu melayan.

Wednesday, January 4, 2012

Doa

agar kau terus bahagia
mohon DIA ikhlaskan hati aku.

Tuesday, January 3, 2012

ulang semula

andai dapat di undurkan putaran dunia.

sedar

bila rasa diri tak betul
seronok kalau dapat buat semula
tapi hidup
kalau dah salah pilih jalan
nak sesal pun orang kata tak guna
tapi elok kalau ada penyesalan
sekurangnya sedar dan bangkit dari kejahilan

rindu sangat

rindu pada dia yang tak kisah jika aku ajak jumpa semata mata untuk dengar aku menangis sehingga lega.

panggilan

terima kasih untuk panggilan itu.
bertanya tentang keadaan aku.
dah lama tak rasa begitu.
dapat buat aku nangis.
lega sikit rasa.
memang perlu.

Monday, January 2, 2012

penat

main tarik tali.
tak suka.
penat sangat rasa.

senang cerita.
umur dah dewasa.
kalau mahu katakan saja.
kalau tidak biarkan saja.
jangan di tanya.
jangan di cuba.

dan aku tak akan faham
maksud setiap tindakan.

Sunday, January 1, 2012

lama rasa.

rasa itu datang semula.
rindu.
pada ros biru.
apa cerita dia?
sudah berumahtangga?
atau
masih sendiri lagi?
senyap sepi.
tiada apa aku lihat.
mahu tahu. mahu tanya.
tetapi tidak lagi mahu ganggu.
biarkan dia.
doakan bahagia.