Saturday, December 31, 2011

kamu

kamu datang dan pergi
sesuka hati
buat aku tak mengerti

Friday, December 30, 2011

kau buat aku bahagia

aku rasa
kamu juga seperti aku
punya rasa itu

tapi
biar diam sepi
simpan dalam hati

terima kasih
aku suka kamu
sungguh

Buat imamku

pimpinlah aku ke syurga.

sungguh hati ini terlalu mudah menjadi lalang.

pimpinlah aku.

engkau imamku.

Tuesday, December 20, 2011

seketika.

meluah dengan tangisan
lahir satu kelegaan

perasaan itu hanya seketika

aku harus teruskan kehidupan
kerana dia hanya silam berzaman
perginya dengan satu kenangan
kini aku temui satu ketenangan

bukan sayang. hanya bermain oleh perasaan.

terima kasih. beri kekuatan.

walau ku pujuk hati sendiri.
aku yakin, Dia sentiasa di sisi.
segala rasa Dia yang beri.
mungkin untuk aku terus kuatkan hati.

malam ini...

dan malam ini...
aku menangis lagi...

cemburu

kenapa masih ada cemburu ini
cemburu yang datang bila lihat kau dan dia
mungkin masih ada rasa ini
yang kau tidak sikitpun hargai

Wednesday, December 14, 2011

harapanku

moga ketemu
imam duniaku imam akhiratku
imam hidupku

aku menanti.

ku cuba perbaiki diri
ku cuba sucikan hati
bersihkan diri
moga di terima

Allah itu Maha Pengampun bukan?

moga ketemu imam ku
di pencarian ini
dalam tahajjud dan istikharah itu.

Tuesday, December 13, 2011

Tolong ajar aku

ajar aku untuk diam
ajar aku untuk terus diam
jangan buka cerita walau apa pun terjadi
jangan terus mahu berkongsi
sebab
tak semua suka dan tak semua rela
mendengar segala cerita dari mulut aku berbicara
jangan sampai mereka kata
aku minta simpati dan minta di kasihani
cukup
tolong ajar aku
untuk terus diam

biar aku coret segalanya di tinta maya ini

s.m.s

"Rindu... Sorry"

aku terima tengahari tadi.
motif?

maaf sudah tiada rasa.
sudah tiada erti.
biar aku terus sepi.

sepi

sepi itu bukan rasa bila kau keseorangan
tapi
sepi itu bila kau rasa kau bersendiri
walau ramai yang ada di sekeliling kau.

itu rasa aku.
setiap saat dan ketika.
sepi.

Sunday, December 4, 2011

kamu dan lagu

teringat buat kamu yang selalu bagi lagu dan nyanyi untuk aku.
tukar lirik kepada nama aku.
lama tak jumpa dan berborak soal dunia cinta.
ye. aku tahu kamu sudah bahagia.
dan kamu perlu tahu yang aku tak pernah lupa.
harap kamu juga.

lama.

"hari ni ok?"
"dah makan ke?"
"tengah buat apa tu?"

lama tak dengar.semua ayat tu.

nampak sangat kan tak de sape yang ambil berat!.
kasihan....

cuba

tak salah kalau nak cuba lari dari apa yang mengganggu jiwa.

lebih baik gagal mencuba daripada gagal untuk tak mencuba langsung.

beza

jalan jalan pegang tangan

itu dulu...

jalan jalan buat tak tahu

itu sekarang...

rambut sama hitam tapi hati lain lain. sekelip mata je boleh berubah.

masak lemak rebung perut

R.I.N.D.U

haishhhh......

minta

kalau minta cepat cepat mesti tak dimakbulkan
bila ignore dan tak perasan pasti datang tanpa perasaan

indah kalau kita tahu untuk hargai
indah kalau kita berhak untuk miliki

satu yang hakiki
cinta pada Illahi

december kembali

cepatnye mase berlalu
dan dia semakin lama tinggalkan aku

tentang rasa itu

mak.
anak mak ni nak mengadu.
sempitnya rasa kat hati.
anak mak ni rindu kat dia.
mak.
anak mak ni tak tahu nak buat apa.

mak.
kenapa anak mak ni kena lalui semua ni?
kenapa anak mak ni yang di uji macam ni?

mak.
anak mak ni dah tak nak susahkan sesape.
tak nak meminta minta pada mak lagi.
tak nak meminta minta pada sesiapa lagi.
tak nak meminta minta simpati lagi.

kenapa anak mak ni lemah sangat?

mak.
nak sangat dengar nasihat mak.
nak sangat mak peluk dan bagi kata semangat.
nak sangat mak pujuk hati ini dengan kata kata lembut.

mak.
anak mak ni rindu sangat sangat.
nak di manja seperti anak kecil.
nak di peluk supaya hilang resah ini.
nak di usap agar tenang di hati.

mak.
anak mak ni masih perlukan perhatian itu.
anak mak ni masih kecil seperti dulu.

mak.
maafkan anak mak ini.