Sunday, September 4, 2011

soalan itu

tiba tiba kau utarakan
setelah lebih tiga bulan aku persoalkan
sudah ku tutup kisah itu
sudah ku biar ia berlalu
tetapi entah kenapa
malam jumaat itu
kau bertanyakan semula
kenapa?

andai ku jujur mungkin sukar fikiranmu
jadi ku buka helah
agar kau terus berlalu

tetapi aku mula bertanya
aku mula berfikir
berhari hari
tanpa henti
aku hanya mahu jawapan
tentang persoalan itu
kenapa engkau mahu
persoalkan semula